Sunday 7 May 2017

idola

Terbaca article ttg seseorg, katanya Rasullah s.w.t.. Betullh, baru tersedar, sebaik - baik manusia ialah Rasullah s.w.t, saya terletak, terlalu mengagumi orang lain... hmmm.. kagum pada yang meletak Islam ke dua, tapi masih berjaya di dunia...  Alhamdulillah, disebabkan article tu  saya tersedar. Sepatutnya Rasullah s.w.t adalah idola saya. Bagindalah orang yang berjaya dunia akhirat. Sunnahnya menjadi ikutan. Salah satu yang sering dilafazkan manusia sejagat, dari segi kemaafan, sedang nabi ampunkan umat, inikan Kita manusia biasa. Hati saya tak sesuci Rasullah s.w.t.  tapi saya akan Cuba ikuti Sunnah baginda. Until memaafkan mungkin susah bagi saya, saya serahkan pada Allah, tapi inshaa Allah, saya tak akan balaskan kejahatan dengan kejahatan.

Saturday 21 January 2017

Aku yang biasa

Aku hamba Allah yang terlalu biasa. Sejak seingat aku, aku sering diejek, dibuli oleh orang sekeliling. Daripada orang yang rapat hinggalah orang yang tak pernah bertegur sapa. Rupa yang kurang menarik dan tanda lahirku menjadi bahan ejekan mereka. Mungkin aku terlalu kecil masa tu, baru pagi mereka menghina aku, tengah harinya aku sudah boleh bergurau senda dengan mereka. Gurau senda mereka turut diselang seli dengan ejekan. Keadaan berterusan sehingga sekolah menengah, aku menjadi pendiam terutama jika berdepan dengan si pembuli, sebolehnya aku tak mahu dihina lagi. Akhirnya aku ditawarkan untuk bersekolah di asrama penuh. Sejujurnya aku menerima kerana tidak mahu dibuli, dipukul, dihina dan tidak mahu mnyusahkan bapa aku menghantar dan mengambil aku di sekolah memandangkan tempat bersekolah tidak mempunyai kenderaan awam yang lalu pada ketika itu. Lagi pun, aku bakal diberi biasiswa setiap bulan. Pengalaman di sekolah tersebut bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Bersaing dengan pelajar pintar menyebabkan aku hampir kecundang. Namun begitu, aku tetap ditawarkan ke universiti untuk sambung degree. Memilih aliran kimia dengan harapan akan memudahkan mendapat kerja, trnyata pilihan aku silap. Kimia merupakan subject yang sangat susah dan untuk mendapat 3.00 pointer ke atas amatlah susah. Sedangkan majikan memandangkan pointer untuk mencari pekerja. Kesilapan ke dua ialah memilih Universiti Sains Malaysia, seperti sedia maklum, uni ini mementingkan standard, jadi soalannya amat susah berbanding uni lain. Sepatutnya saya memilih uni private, bolehlah senang - senang dapat 4 flat. Lagi pun memang majikan tak pandang awak duk uni mana, yang penting pointer tinggi. Kesilapan demi kesilapan saya buat...

Permulaan saya


Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Biasa di rumah, aku dipanggil nama Ana, ringkas saja. Telah pun menamatkan pengajian Sarjana di Universiti Sains Malaysia beberapa tahun lepas. Setelah bertungkus lumus dalam kerja kontrak, setelah bertukar beberapa penyelia, sambil berharap akan diserap untuk position tetap di USM, akhirnya aku mengalah. Berusaha cuba berniaga sendiri bersama kawan, kini sudah tiga tahun tetapi hasilnya masih sama. Namun begitu, aku masih berdoa agar perniagaan kami bertambah mahu dan memberi keuntungan. Mohon Allah membuka pintu rezeki seluas luasnya. Aamin